top of page

Mazda 6 GH (2008 - 2010)

Mar 1

1 min read

0

5

0




Pengenalan: Mazda 6 GH (Ini adalah generasi ke 2) mempunyai 3 versi, versi wagon, versi sedan 2.0 dan versi sedan 2.5 (Atenza). Model ini mempunyai peminat-peminatnya tersendiri walaupun ianya telah di ganti dengan model terkini.


Harga pasaran (2025) untuk kereta ini adalah:

Used Car - RM 6,000 ke RM 8,000

Direct Owner - RM 14,000 ke RM 21,000 (Bergantung kepada aksesori, keadaan mekanikal dan cat kenderaan)


Masalah yang selalunya terjadi kepada Mazda 6 GH


Masalah 1: Lampu check Engine

  • Punca Masalah: Tabung Nenas ataupun catalytic converter tersumbat

  • Cara Penyelesaian: Berbeza-beza, antara yang dapat menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan menggantikan tabung nenas yang baru di kedai ekzos


Masalah 2: Steering keras

  • Punca Masalah: Biasanya berkaitan dengan sensor

  • Cara Penyelesaian: Berbeza-beza, antaranya tukar steering rack seketul (half cut RM 1,800+-), tukar wiring sahaja (RM 1,500+-), tukar sensor yang pecah sahaja (RM 1,500+-)


Masalah 3: Lampu check ABS, EBD dan Stability

  • Punca Masalah: Speed sensor

  • Cara Penyelesaian: Berbeza-beza, speed sensor ada disetiap bahagian posisi tayar. Cuba check computer, pasti dapat tunjukkan bahagian mana yang perlu ditukar. Selalunya terjadi jika ada penukaran brek disk atas kecuaian pemasangan semula.


Penutup: Semua kereta mempunyai masalahnya tersendiri, jika kita dapat menjalankan penyelenggaran pencegahan pasti ianya dapat mengurangkan risiko kerosakan contohnya jika masalah berkaitan gegaran. Suspensi, dan bushing yang elok termasuk engine mounting yang ok pasti mengurangkan masalah sensor rosak atau pecah.





Mar 1

1 min read

0

5

0

Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.

USE THIS SPACE TO PROMOTE YOUR BUSINESS

bottom of page